"Bismillahirrahmanirrahim...
Bahawasanya kami sebagai Peguam Syarie Negeri Johor bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Johor yang telah melantik kami sebagai Peguam Syarie demi membantu Mahkamah dan masyarakat awam untuk menegakkan keadilan dan mencari keredhaan dan keampunan Allah SWT.
Jawatan ini adalah satu amanah dan tanggung jawab ke atas kami. Justeru, kami berjanji untuk menjalankan amanah dan tugas ini dengan penuh tanggung jawab, jujur, amanah dan ikhlas. Kami juga berjanji akan menjaga etika, imej, profesion kami sebagai Peguam Syarie.
Semoga diberkati oleh ALLAH SWT akan kami semua..."
Majlis Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Johor 2010
(Jumaat, 6 Safar 1431H / 22 Jan 2010, Dewan MARSAH Johor Bahru)